Saturday, July 19, 2014

Tuhan Kata.

benarlah tuhan kata, sedikit sekali nikmat yang kita ingat.
ujian orang lain lain. bak kata wardina safiyyah, lain orang lain struggle. mungkin kau struggle untuk bangun tahajjud setiap malam, tapi ada kawan kau tengah struggle nak tutup aurat dengan sempurna. lain orang lain struggle. dont judge. yang penting effort. Allah pandang usaha.
ni kalau takda usaha pastu merungut salah kan diri sendiri, apa gunanya? *tampar diri sendiri*

sebenarnya ujian itu satu nikmat. dan ujian Allah juga datang dari pelbagai cara. Wallahua'lam. Allah uji kita mengikut kemampuan kita. Allah sendiri yang kata. 
La yukallifullahu nafsan, illa wus'aha... [2:286]
dan bila kita sedar dan faham hakikat ujian, kita tak akan rasa ralat atau sedih. malah bersyukur Yang Maha Esa masih pandang kita. masih nak tegur kita. masih nak kita ni, yang hina ni, kembali kepada Dia. Allahu, segala puji bagi Allah. 

dan ingat, ujian yang kita rasa berat bagi kita, sebenarnya tak berat mana. ada lagi orang kat luar sana, ceruk dunia lain, yang ujiannya jauh lagi hebat dari kita. bila Gaza diserang balik ni, aku mula reflect balik, aku mula sedar, apa la sangat ujian ni yang aku nak sedih sangat? takda apa yang aku nak sedih sangat sebenarnya.. tapi biasalah, kita lupa ujian itu satu rahmat. kita lupa ujian itu sentuhan kasih sayang dari pencipta. kita lupa sebenarnya kita perlukan ujian itu, supaya tak jauh terlalai dengan dunia. 

moga kita semua tabah dalam menghadapi setiap cabaran. dan moga kita semua sentiasa ingat bahawa jikalau kita sabar dengan ujian yang Allah beri, Allah akan kurniakan ganjaran yang besar. inshaAllah.

thanks for reading!
ps: dont forget to pray for Gaza, and pray for all MUSLIMS around the world. may Allah bless.